
Kata beliau revolusi juga bukanlah jawapan atau jalan penyelesaian kepada rasa tidak puas hati yang dicetuskan pembangkang. Katanya lagi insiden-insiden revolusi yang berlaku di beberapa buah negara luar seperti di Tunisia, Syria dan Egypt telah membuktikan bahawa cubaan meggulingkan kerajaan dengan cara demonstrasi jalanan hanya akan membawa keadaan kucar-kacir yang berterusan.
"Cuba kita lihat Yemen dan Egypt. Revolusi berlaku, kerajaan ditumbangkan tetapi negara masih dalam keadaan tidak aman sehingga sekarang. Ini membuktikan bahawa revolusi bukanlah satu-satunya jalan yang boleh membawa penyelesaian kepada apa sahaja masalah yang mungkin dihadapi sesebuah negara itu" katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis makan amal yang dihadiri lebih 2,200 anggota RELA Kinta Utara anjuran Kelab Penyokong BN Daerah Kinta di Ipoh baru-baru ini. Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Lee Chee Leong.
Dr. Zambry yang merupakan Pengerusi BN Negeri berkata rakyat seharusnya menghargai dan terus memelihara keamanan yang dikecapi negara ketika ini. Katanya kemakmuran ekonomi tidak akan bawa apa-apa makna jika keamanan negara dalam keadaan tidak menentu.
"Sebagai Menteri Besar tugas utama saya adalah menjaga dan memelihara keamanan negeri ini. Tidak guna saya bercakap mengenai pelan ekonomi yang besar sekiranya saya gagal memastikan keamanan di Perak" katanya.

"Marilah kita sama-sama tolak budaya keganasan, budaya revolusi dan budaya demonstrasi jalanan. Budaya ini tidak akan bawa kita kemana-mana" katanya.
Sumber : Suara Perak 18 Julai 2011
No comments:
Post a Comment