Kakitangan awam di Perak hari ini menerima satu lagi berita baik selepas pengumuman Bonus Raya oleh Perdana Menteri.
Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir mengambil langkah yang sama dengan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada bulan ini bagi membolehkan penjawat awam menikmati aidilfitri tahun ini dengan lebih meriah.
“Jadi kerajaan negeri akan memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM 6.5 juta untuk bonus kakitangan sempena raya tahun ini.
“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri,” Zambry ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di pejabatnya petang tadi.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Tambah Zambry, langkah itu jelas menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan terutama menjelang perayaan besar.
Selain itu katanya, pemberian ini berkenaan juga dianggap sebagai penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam.
Dalam pada itu, selepas memgumumkan berita baik berkenaan, Zambry sempat menghadiri Majlis Penyampaian Bubur Lambuk kepada kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Program yang diadakan di perkarangan bangunan SUK itu merupakan antara majlis tahunan organisasi terbabit dimana kerja-kerja memasak dilaksanakan oleh semua kakitangan.
Turut hadir dalam majlis berkenaan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim, Speaker Dun, Datuk R. Ganesan dan exco-exco.
Sumber klik SINI !!
1 comment:
Cayalah MB Perak
Post a Comment