Thursday 11 August 2011

BONUS RAYA 2011 UNTUK PENJAWAT AWAM DI PERAK


Kakitangan awam di Perak hari ini menerima satu lagi berita baik selepas pengumuman Bonus Raya oleh Perdana Menteri.
Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir mengambil langkah yang sama dengan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada bulan ini bagi membolehkan penjawat awam menikmati aidilfitri tahun ini dengan lebih meriah.

“Jadi kerajaan negeri akan memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM 6.5 juta untuk bonus kakitangan sempena raya tahun ini.

“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri,” Zambry ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di pejabatnya petang tadi.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Tambah Zambry, langkah itu jelas menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan terutama menjelang perayaan besar.

Selain itu katanya, pemberian ini berkenaan juga dianggap sebagai penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam.

Dalam pada itu, selepas memgumumkan berita baik berkenaan, Zambry sempat menghadiri Majlis Penyampaian Bubur Lambuk kepada kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Program yang diadakan di perkarangan bangunan SUK itu merupakan antara majlis tahunan organisasi terbabit dimana kerja-kerja memasak dilaksanakan oleh semua kakitangan.

Turut hadir dalam majlis berkenaan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim, Speaker Dun, Datuk R. Ganesan dan exco-exco.

Sumber klik SINI !!

Wednesday 10 August 2011

JENAKA MINDA



ADA SEORANG IBU SEDANG BERCERITA PADA ANAKNYA.


IBU : "Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 keturunan".


ANAK : "Tapi kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?"


IBU (sambil tersipu malu) : "Kerana kita ini keturunan yang ke-8"

Monday 8 August 2011

REVOLUSI TIDAK DIPERLUKAN DI MALAYSIA

Rakyat negeri ini diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan semangat revolusi yang cuba dicetuskan oleh beberapa pemimpin pembangkang, kata Menteri Besar YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir. Katanya keadaan negara yang stabil dan aman ketika ini tidak memerlukan revolusi dilakukan termasuklah mengajak rakyat berdemonstrasi di jalanan.

Kata beliau revolusi juga bukanlah jawapan atau jalan penyelesaian kepada rasa tidak puas hati yang dicetuskan pembangkang. Katanya lagi insiden-insiden revolusi yang berlaku di beberapa buah negara luar seperti di Tunisia, Syria dan Egypt telah membuktikan bahawa cubaan meggulingkan kerajaan dengan cara demonstrasi jalanan hanya akan membawa keadaan kucar-kacir yang berterusan.

"Cuba kita lihat Yemen dan Egypt. Revolusi berlaku, kerajaan ditumbangkan tetapi negara masih dalam keadaan tidak aman sehingga sekarang. Ini membuktikan bahawa revolusi bukanlah satu-satunya jalan yang boleh membawa penyelesaian kepada apa sahaja masalah yang mungkin dihadapi sesebuah negara itu" katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis makan amal yang dihadiri lebih 2,200 anggota RELA Kinta Utara anjuran Kelab Penyokong BN Daerah Kinta di Ipoh baru-baru ini. Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Lee Chee Leong.

Dr. Zambry yang merupakan Pengerusi BN Negeri berkata rakyat seharusnya menghargai dan terus memelihara keamanan yang dikecapi negara ketika ini. Katanya kemakmuran ekonomi tidak akan bawa apa-apa makna jika keamanan negara dalam keadaan tidak menentu.

"Sebagai Menteri Besar tugas utama saya adalah menjaga dan memelihara keamanan negeri ini. Tidak guna saya bercakap mengenai pelan ekonomi yang besar sekiranya saya gagal memastikan keamanan di Perak" katanya.

Kata beliau keamanan sentiasa menjadi perkara yang diutamakan kerajaan BN dalam apa jua tindakannya. Untuk mengekalkannya, maka BN sentiasa berpegang kepada prinsip mengelak daripada bermain dengan sentimen dan emosi rakyat, katanya.


"Marilah kita sama-sama tolak budaya keganasan, budaya revolusi dan budaya demonstrasi jalanan. Budaya ini tidak akan bawa kita kemana-mana" katanya.

Sumber : Suara Perak 18 Julai 2011

Saturday 6 August 2011

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PERAK

TAMAN TASIK TAIPING



Taiping Lake Garden dibina pada tahun 1880 dan merupakan taman tasik paling awal dan antara yang terindah di Malaysia. Ia dibina semasa pemerintahan Inggeris di Malaysia. Taman yang indah ini terletak berhampiran Bukit Larut dan Zoo Taiping.


Teluk Intan Leaning Tower



Dibina pada tahun 1885 oleh kontraktor China, Chong Leong Choon merupakan menara setinggi 25.5m yang terletak di bandar Teluk Intan, Perak. Tempat ini adalah satu kemestian bagi mereka ingin melawat salah satu tempat menarik di Negeri Perak. Pada awalnya digunakan sebagai tangki air yang menyediakan air bagi penduduk di bandar. Kini struktur kayu ini menjadi satu keanehan arkitektur yang menarik bagi pengunjung.


Gua Tempurung




Terletak di Gopeng sekitar 24km selatan ibu kota Ipoh di Perak dan berhampiran Kampar, merupakan salah satu gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Di dalam gua tersebut telah dibina platform yang diterangi lampu dari pintu gua bagi membolehkan anda berjalan dengan mudah.


Pulau Pangkor




Pulau Pangkor adalah sebuah pulau yang menarik terletak di utara-barat Semenanjung Malaysia. Anda boleh menaiki feri dari LUMUT untuk sampai ke sana. Banyak pakej percutian yang menarik bagi mereka yang ingin berkunjung ke sana.